UNTUKMU
Saturday, February 27, 2010Waktu kau dilahirkan,kau disambut seluruh alam dengan penuh kegembiraan,keraiyan dan kesyukuran. Kau diusung keseluruh Makkah,kelahiran yang membawa sinar cahaya dan mengeluarkan kaummu dari kegelapan. Zuriat Abd Muttalib,keturunan tersohor lagi disegani seluruh tanah Makkah.
Ya Rasulallah..
Al-Amin panggilanmu. Sungguh indah dan mulia pekertimu sehinggalah kau disanjung dan dihormati sejak diusia muda lagi. Membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada keluarga ibu susumu,Halimatus Sa'diyah serta bapa saudaramu Abu Talib. Kau juga membawa keberkatan dan keuntungan kepada barang dagangan Saidatina Khadijah.
Ya Habiballah..
Didatangi malaikat Jibril semasa berada di gua Hira'. 40 tahun usiamu,menerima wahyu pertama. Pulang kerumah dengan ketakutan dan ditenangkan oleh isterimu Saidatina Khadijah r.a. Rasmilah dikau utusan terakhir,pelengkap 25 Rasulullah. Saat kau mengisytiharkan kerasulanmu,bapa saudaramu Abu Jahal dan Abu Lahab, orang yang mengusungmu sewaktu kelahiranmu adalah yang mula-mula menentang kerasulanmu.
Al-Kazzab,si pendusta gelaranmu. Pengikutmu diseksa,dibunuh dan sebagainya. Tika kau berdakwah ke bumi Taif,kau disambut dengan batu-batu dan najis oleh penduduknya. Darah menitis keluar dari tubuhmu yang mulia sehingga membasahi bumi. Ya Rasulullah, betapa seksa dan sengsaranya yang kau terima. Tidak meminta untuk dibalas atas kesalahan mereka, hanya sabar atas apa yang kau hadapi. Sungguh mulia pekertimu.
Ya Khairal Bariyyah..
Pengorbanan yang kau lakukan tidaklah dapat ku balas walau bergunung emas. Demi melihat Islam dan ummatmu terus berkembang,kau sanggup mengikat perutmu dengan batu terlebih dahulu menahan kelaparan berbanding sahabatmu. Adakah aku mampu lakukan sebagaimana kau lakukan? Adakah aku mampu bersabar sebagaimana ketinggian tahap kesabaranmu?
Ya Khairal Anam..
Disaat penghujung hayatmu,kau tidak putus-putus menyebut ummatku,ummatku. kecintaan terhadap ummatmu amat mendalam. Dahimu berpeluh menahan kesakitan dan keperitan sakaratul maut. Kau merintih sambil berkata kepada Jibril, biarlah aku sahaja yang menanggung kesakitan sakaratul maut ummatku.
Ya Allah,Ya Allah, Ya Allah, betapa kasihannya Rasulmu tika hampirnya saat meniggalkan dunia ini. Semakin lama tubuhmu semakin sejuk,dadamu bergelombang tanda begitu hampir saat kematianmu. Tika itu seluruh alam menangisi saat pemergianmu. Setiap yang bernyawa pasti menemui mati. Sampailah saat yang dijanjikan Allah, kekasihmu pergi menemuimu. Sekujur tubuh yang mulia tidur buat selamanya di sisi Saidatina Aisyah r.a
Ya Rasulullah..
Perginya dikau tidak meniggalkan harta walau sebidang tanah sekalipun. Perginya dikau meninggalakan agamamu,mewasiatkan kepada ummatmu Al-Quran dan Sunnahmu. Akan aku berusaha untuk melakukan segala apa yang kau suruhi dan akanku tinggalkan sedaya upayaku segala apa yang kau larangi.
Ya Rasulallah.. Ya Habiballah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment