Meniti Detik vol 2

Wednesday, December 16, 2009
Corong - corong radio..
Setiap tahun, bahkan menjadi adat seluruh msyarakat Islam di Malaysia tika menjelangnya detik-detik tahun baru Hijrah, kedengaran lagu-lagu titik permulaannya hijrah Kekasih Allah yang juga kekasih kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Fenomena ini bukan sajaha berlaku dicorog radio alternatif Islam, bahkan juga dimainkan di corong-corong radio seluruh malaysia, serta dimainkan di kaca televisyen setiap hari. Persoalannya, apakah memadai dengan mendengar nyanyian yang merdu serta penghayatan hanya bersifat sementara, mampu utnutk kita menghayati serta meneladani apa yang telah dilakukan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat pada 1400 tahun lalu. Setiap tahun, bahkan menjadi adat seluruh msyarakat Islam di Malaysia tika menjelangnya detik-detik tahun baru Hijrah, kedengaran lagu-lagu titik permulaannya hijrah Kekasih Allah yang juga kekasih kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Fenomena ini bukan sajaha berlaku dicorog radio alternatif Islam, bahkan juga dimainkan di corong-corong radio seluruh malaysia, serta dimainkan di kaca televisyen setiap hari. Persoalannya, apakah memadai dengan mendengar nyanyian yang merdu serta penghayatan hanya bersifat sementara, mampu utnutk kita menghayati serta meneladani apa yang telah dilakukan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat pada 1400 tahun lalu.

Muda mudi hari ini sudah tidak ramai yang mengetahui tarikh-tarikh kebesaran Islam termasuklah peristiwa-peristiwa yang terkandung di dalam bulan-bulan Islam. Apa yang hanya mereka tahu ialah bualn Islam hanyalah Ramadhan kerana seluruh umat Islam di dunia berpuasa, Syawal kerana berhari raya dan Zulhijjah kerana bulan untuk menyembelih binatang korban. Mujurlah ada yang mengetahui sekurang kurangnya 3 bualn ini dan lebih parah lagi tidak tahu langsung mengenai bulan-bulan Islam. Inilah penyakit-penyakit yang dihadapi oleh masyarakat Islam terutama muda mudi negara Malaysia yang dikatakan negara "Islam contoh".

Seruan Hijrah..

Wahai saudaraku, janganlah kau menghayati hirah Nabi Muhammad S.A.W dengan hanya berarak sepanjang jalan sahaja. Hidupkanlah dan amalkanlah sunnah Rasulullah didalam kehidupanmu. Wahai saudaraku, bangkitlah kamu dari lena duniawi kamu. Dunia semakin tua, kita semua pula semakin hari semakin hampir kepada kematian. Islam pula semakin hari semakin dihina, begitu juga Baginda S.A.W dipermainkan oleh musuh-musuh Allah. Jagalah sembahyang terutama sembahyang jemaah. Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan basahilah lidahmu dengan melazimi Zikrullah agar mencuci hati-hati yang penuh dengan titik-titik hitam. Tingkankan serta perbaiki amalan harian agar menjadi benteng dan bekalan kita di akhirat kelak.

0 comments:

Post a Comment