Meniti Detik vol 1

Monday, December 14, 2009

Beberapa hari lagi berakhirlah tahun 1430 Hijrah dan tidak lama selepas itu berakhirlah juga tahun 2009 Masihi. Serentak dengan itu maka kita akan menutup lembaran yang lama dan akan membuka diari yang baru. Warna warni kehidupan sepanjang tahun ini sudah menjadi sejarah dalam kamus kehidupan setiap manusia.

Dunia Yang Sementara...

Antara sedar atau tidak,kita sudah pun berada dipenghujung tahun ini. Ada dikalangan kenalan kita sudah pun meninggalkan dunia yang penuh dengan fitnah akhir zaman ini. Kita yang masih hidup terus meneruskan sisia-sisa kehidupan di sini. Hakikat yang wajib diterima oleh setiap yang bernyawa dan merasakan iman masih dikandung badan.

Dunia semakin meninggalkan kita, kita pula semakin menghampiri saat kematian. Kekasih Allah yang juga kekasih kita iaitu junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, jasad baginda telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun yang lalu. Baginda juga meninggalkan kita 2 perkara yang bermaksud : aku tinggalkan kamu 2 perkara.kamu tidak akan sesat selamanya selagimana kamu berpegang kepada 2 perkara tersebut iaitu Al-Quran dan Sunnahku. Inilah diantara yang Kekasih Allah wasiatkan kepada kaum Baginda sebagai panduan hidup di muka bumi ini.

nantikan sambungan meniti detik vol 2

0 comments:

Post a Comment