Hujan Batu.Fenomena Yang Jarang Berlaku Di Mesir

Friday, January 14, 2011




7 Januari 1987-2011

Friday, January 7, 2011

Tarikh ini adalah tarikh kelahiranku. Beerti pada tahun ini daku sudah berumur 24 tahun umurnya. Persoalannya disini apakah selama 24 tahun hidup ini telah disempurnakan segala amanah yang telah dipundakkan di atas bahu ini ataupun belum.

Apakah selama hidup ini telah menunaikan tanggungjawab sepeunuhnya kepada keuda ibubapa dan keluarga.

Paling menakutkan, apakah yang telah aku lakukan untuk ISLAM? Adakah aku telah melaksanakan tugas sebagai khalifah selama aku hidup ini ataupun daku bersama-sama musuh-musuh ISLAM?

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat serta mendoakan kesejahteraan kepada penulis. Mudah-mudahan kelebihan umur serta kesihatan yang diberi oleh Allah kepada kita semua kita pergunakan sebaiknya kearah pembentukan ummah serta melaksanakan tugas kita sebagai Khalifah di bumi ini.

Tahun Baru 2011 : Tahun Jauhi Maksiat

Friday, December 31, 2010

Selamat menyambut tahun baru kepada semua pelawat blog hisbah khususnya mahasiswa-mahasiawa yang berada di bumi Mesir. Kedatangan tahun baru masihi sangat dirasai oleh kita semua disebabkan penggunaannya yang lebih meluas dan lebih biasa, adapun tahun baru Hijrah sudah lepas beberapa hari yang lalu dan tidak dirasai oleh orang-orang yang kurang mengambil tahu tarikh-tarikh penting dalam Islam.

Sempena malam sambutan tahun baru ini pada malam 31 Disember Unit Hisbah PMRAM dengan kerjasama seluruh cawangan akan mengadakan Operasi Gempur Dakwah Countdown 2011 yang mana akan menyaksikan mahasiswa di sini akan bersiar-siar dan menyambut tahun baru bersama rakan-rakan ataupun kekasih.

Statistik tahunan yang dihitung oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawasanya kenaikan kelahiran anak luar nikah di Malaysia meningkat sebanyak 44% sepanjang 4 tahun dai 2005 hingga 2009, dan kebanyakan anak-anak luar nikah ini adalah hasil dari hubungan seks yang dilakukan pada malam-malam perayaan seperti Valentine Day, malam Merdeka, Hari Krismas dan pada malam sambutan tahun baru, tidak terkecuali remaja-remaja yang menuntut di luar negara turut menyumbang kenaikan statistik tersebut.

Operasi itu akan menemui mahasiwa yang berada di tempat-tempat sasaran dan di edarkan risalah ataupun poster berkaitan dan pasangan-pasangan couple akan di ambil keterangan dan diberi kaunseling.

Bertepatan dengan tempoh yang hampir dengan peperiksaan yang akan menjelma ini kami menyeru kepada kita semua supaya tidak menjadikan sambutan tahun baru ini untuk melakukan maksiat, sesungguhnya orang-yang selalu melakukan perkara yang mendekati zina akan tidak segan melakukan zina.

Bebaskan diri anda dari maksiat, selamat menepuhi peperiksaan yang akan datang, fokus dalam mengulangkaji pelajaran dan sempurnakan dengan munajat kepada Allah supaya mendapat kejayaan yang diredhai Allah.

Bittaufiq wannajah !!
Kejayaan sebenar ialah kejayaan yang diredhai oleh Allah..
Oleh : Ketua Unit Penerangan Hisbah Pusat

sumber :http://hisbahpmram.blogspot.com/

PMRAM Kecewa Dengan Isu BKAN Melaka


KAHERAH 30 Disember - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime melahirkan rasa kekecewaan teradap isu yang menimpa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Katanya, isu yang berlaku tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diketahui umum dan perlu mendapat perhatian di semua peringkat. Bukan anya sekadar berlegar dikalangan maasiswa-mahasiswi Melaka sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa isu seumpama ini pernah terjadi pada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) suatu ketika dahulu. Akan tetapi, sifat kesatuan yang ada pada ahli negeri terbabit menyebabkan persatuan baru yang ditubuhkan oleh pihak pegawai terkubur.

Katanya lagi, memahami sejarah yang pernah menimpa mahasiswa-mahasiswi Mesir, PMRAM mahukan sifat bersatu diterapkan di dalam seluruh jiwa mahasiswa-mahasiswi.

"Apabila sifat bersatu ini wujud di dalam jiwa umat Islam, maka tidak mudah bagi pihak musuh untuk menghancurkan kesatuan serta melaksanakan agenda jahat mereka. Dan inilah peranan PMRAM serta BKAN dan DPM bagi membentuk jatidiri mahasiswa Islam di Mesir" Ujar beliau ketika memberi penjelasan isu di Rumah Kelantan Baru.

Selain itu, beliau juga melahirkan rasa terkilan dengan terhadap ucapan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali bin Rustam yang melemparkan fitnah terhadap PMRAM ketika sesi ramah mesra di rumah Melaka.

Justeru katanya, fitnah seperti yang dilemparkan oleh Ketua Menteri tersebut merupakan isu lapuk yang pernah PMRAM hadapi suatu ketika dahulu. Apa yang penting adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan ahli.

Walaubagaimana pun katanya, PMRAM tetap mengambil sikap bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memudahkan urusan mahasiswa-mahasiswi yang belajar di bumi Mesir ini. Dan beliau menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan yang bersifat profesional dan bukan persatuan yang melaksanakan tindakan dengan cara 'kampung'.

Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan ahli mampu melahirkan jati diri dan integriti di dalam jiwa umat Islam.


sumber : www.pmram.org

Nasihat Kepada Pemuda Islam

Thursday, December 9, 2010
Janganlah kamu leka berasa berada di dalam zon selesa
Janganlah kamu leka dengan dunia yang melalaikankamu
Janganlah kamu lupa tugas sebenarkamu

Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam
Kamu perlu ingat bahawa senjata musuh-musuh ini adalah hiburan
Perempuan,kebendaan serta perpecahan umat
Iasedang berlegar sekitar kita dan menjadi virus kepada umat Islam

Andai kamu lalai,nescaya kamu tenggelam dengan kelalaian itu
Andai kamu lalai,kamu bakal hilang roh Islam dan iman
Kamu juga akan hilang zouk serta roh ibadat
Kamu juga akan hilang zouk dan roh cintakan Nabi S.A.W
Kamu juga akan hilang perasaan cinta kepada saudara seIslamkamu

Bersegeralah untuk memperbaiki diri
Jangan berlengah-lengah dalam hal mentarbiah rohani
Nescaya kamu akan bertemu dengan kenikmatan beribadah

Masyarakat hari ini dahagakan mutiara serta bintang
Ia datang dari sang penuntut ilmu dan pembawa sinar Islam
Terutama dari bumi mesir adrul kinanah
Bintang-bintang yang tidak terdapat di Malaysia
Tetapi ia hampir dengan kita

Ingatlah

Jagalah solat Jemaah terutamanya di waktu subuh
Musuh amat takut apabila melihat umat Islam
Bersungguh-sungguh menjaga solat Jemaah di masjid-masjid

Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya 30 ayat sehari
Tenangnya jiwa jika sentiasa bersama Al-Quran
Hadirilah majlis zikir dan majlis-majlis ilmu
Nescaya ia lebih menambahkan lagi ketenangan jiwa