Tahun Baru 2011 : Tahun Jauhi Maksiat

Friday, December 31, 2010

Selamat menyambut tahun baru kepada semua pelawat blog hisbah khususnya mahasiswa-mahasiawa yang berada di bumi Mesir. Kedatangan tahun baru masihi sangat dirasai oleh kita semua disebabkan penggunaannya yang lebih meluas dan lebih biasa, adapun tahun baru Hijrah sudah lepas beberapa hari yang lalu dan tidak dirasai oleh orang-orang yang kurang mengambil tahu tarikh-tarikh penting dalam Islam.

Sempena malam sambutan tahun baru ini pada malam 31 Disember Unit Hisbah PMRAM dengan kerjasama seluruh cawangan akan mengadakan Operasi Gempur Dakwah Countdown 2011 yang mana akan menyaksikan mahasiswa di sini akan bersiar-siar dan menyambut tahun baru bersama rakan-rakan ataupun kekasih.

Statistik tahunan yang dihitung oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawasanya kenaikan kelahiran anak luar nikah di Malaysia meningkat sebanyak 44% sepanjang 4 tahun dai 2005 hingga 2009, dan kebanyakan anak-anak luar nikah ini adalah hasil dari hubungan seks yang dilakukan pada malam-malam perayaan seperti Valentine Day, malam Merdeka, Hari Krismas dan pada malam sambutan tahun baru, tidak terkecuali remaja-remaja yang menuntut di luar negara turut menyumbang kenaikan statistik tersebut.

Operasi itu akan menemui mahasiwa yang berada di tempat-tempat sasaran dan di edarkan risalah ataupun poster berkaitan dan pasangan-pasangan couple akan di ambil keterangan dan diberi kaunseling.

Bertepatan dengan tempoh yang hampir dengan peperiksaan yang akan menjelma ini kami menyeru kepada kita semua supaya tidak menjadikan sambutan tahun baru ini untuk melakukan maksiat, sesungguhnya orang-yang selalu melakukan perkara yang mendekati zina akan tidak segan melakukan zina.

Bebaskan diri anda dari maksiat, selamat menepuhi peperiksaan yang akan datang, fokus dalam mengulangkaji pelajaran dan sempurnakan dengan munajat kepada Allah supaya mendapat kejayaan yang diredhai Allah.

Bittaufiq wannajah !!
Kejayaan sebenar ialah kejayaan yang diredhai oleh Allah..
Oleh : Ketua Unit Penerangan Hisbah Pusat

sumber :http://hisbahpmram.blogspot.com/

PMRAM Kecewa Dengan Isu BKAN Melaka


KAHERAH 30 Disember - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime melahirkan rasa kekecewaan teradap isu yang menimpa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Katanya, isu yang berlaku tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diketahui umum dan perlu mendapat perhatian di semua peringkat. Bukan anya sekadar berlegar dikalangan maasiswa-mahasiswi Melaka sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa isu seumpama ini pernah terjadi pada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) suatu ketika dahulu. Akan tetapi, sifat kesatuan yang ada pada ahli negeri terbabit menyebabkan persatuan baru yang ditubuhkan oleh pihak pegawai terkubur.

Katanya lagi, memahami sejarah yang pernah menimpa mahasiswa-mahasiswi Mesir, PMRAM mahukan sifat bersatu diterapkan di dalam seluruh jiwa mahasiswa-mahasiswi.

"Apabila sifat bersatu ini wujud di dalam jiwa umat Islam, maka tidak mudah bagi pihak musuh untuk menghancurkan kesatuan serta melaksanakan agenda jahat mereka. Dan inilah peranan PMRAM serta BKAN dan DPM bagi membentuk jatidiri mahasiswa Islam di Mesir" Ujar beliau ketika memberi penjelasan isu di Rumah Kelantan Baru.

Selain itu, beliau juga melahirkan rasa terkilan dengan terhadap ucapan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali bin Rustam yang melemparkan fitnah terhadap PMRAM ketika sesi ramah mesra di rumah Melaka.

Justeru katanya, fitnah seperti yang dilemparkan oleh Ketua Menteri tersebut merupakan isu lapuk yang pernah PMRAM hadapi suatu ketika dahulu. Apa yang penting adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan ahli.

Walaubagaimana pun katanya, PMRAM tetap mengambil sikap bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memudahkan urusan mahasiswa-mahasiswi yang belajar di bumi Mesir ini. Dan beliau menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan yang bersifat profesional dan bukan persatuan yang melaksanakan tindakan dengan cara 'kampung'.

Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan ahli mampu melahirkan jati diri dan integriti di dalam jiwa umat Islam.


sumber : www.pmram.org

Nasihat Kepada Pemuda Islam

Thursday, December 9, 2010
Janganlah kamu leka berasa berada di dalam zon selesa
Janganlah kamu leka dengan dunia yang melalaikankamu
Janganlah kamu lupa tugas sebenarkamu

Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam
Kamu perlu ingat bahawa senjata musuh-musuh ini adalah hiburan
Perempuan,kebendaan serta perpecahan umat
Iasedang berlegar sekitar kita dan menjadi virus kepada umat Islam

Andai kamu lalai,nescaya kamu tenggelam dengan kelalaian itu
Andai kamu lalai,kamu bakal hilang roh Islam dan iman
Kamu juga akan hilang zouk serta roh ibadat
Kamu juga akan hilang zouk dan roh cintakan Nabi S.A.W
Kamu juga akan hilang perasaan cinta kepada saudara seIslamkamu

Bersegeralah untuk memperbaiki diri
Jangan berlengah-lengah dalam hal mentarbiah rohani
Nescaya kamu akan bertemu dengan kenikmatan beribadah

Masyarakat hari ini dahagakan mutiara serta bintang
Ia datang dari sang penuntut ilmu dan pembawa sinar Islam
Terutama dari bumi mesir adrul kinanah
Bintang-bintang yang tidak terdapat di Malaysia
Tetapi ia hampir dengan kita

Ingatlah

Jagalah solat Jemaah terutamanya di waktu subuh
Musuh amat takut apabila melihat umat Islam
Bersungguh-sungguh menjaga solat Jemaah di masjid-masjid

Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya 30 ayat sehari
Tenangnya jiwa jika sentiasa bersama Al-Quran
Hadirilah majlis zikir dan majlis-majlis ilmu
Nescaya ia lebih menambahkan lagi ketenangan jiwa

Jumaat

Friday, July 9, 2010
Jumaat adalah hari berhimpunnya seluruh ummat islam serta hari yang paling agung daripada hari-hari lain didalam kelendar Islam. Didalam hari Jumaat terdapatnya beberapa kejadian yang menjadi titik noktah kehidupan manusia. Bapa kepada seluruh manusia,iaitu Nabi Adam (A.S) diciptakan oleh Allah (S.W.T) pada hari Jumaat. Begitu juga terciptanya langi dan bumi pada hari Jumaat. Matahari juga diciptakan pada hari Jumaat. Hari Jumaat jugalah adalah hari yang paling ditakuti oleh seluruh makhluk yang melata di atas muka bumi dan yang berada di langit kerana pada hari tersebut berlakunya suatu hari yang dipanggil sebagai Hari Kiamat. Telah diriwayatkan didalam Sohih Muslim,daripada Abu Huraihar (R.A) berkata : Sabda Nabi (S.A.W) : Sebaik-baik terbiknya matahari,iaitu hari Jumaat,padanya diciptakan Adam dan padanya juga dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkannya daripada syurga.Tidak akan berlaku hari kiamat selain dari hari Jumaat.

Kesalahan Umum Pada Hari Jumaat

Wednesday, July 7, 2010
بسم الله الرحمن الرحيم
يأيها الذين ءامنوا إذا نودي للصلوة من يوم الخجمعة فاسعوا إلى ذكر الله وذرو البيع ذلكم خيرلكم إن كنتن تعلمون
فإذا قضيت الصلوة فانتشروا فى الرض وابتغوا من فضل الله وذكروا الله كثيرا لعلكم تفاحون


1. Terlalu menekankan didalam solat Subuh pada pagi jumaat mesti dibaca dengan surah as-Sajdah.
Tidak dinafikan membaca surah As-Sajdah didalam solat subuh pada hari Jumaat adalah salah satu daripada amalan sunnah. Akan tetapi kesalah yang penulis hendak sampaikan disini ialah terdapat beberapa tempat hanyalah mengambil sebahagian ayat daripada surat As-Sajdah dan mendakwa ianya sunnah.Berkata Dr Muhammad Hamid Syarif didalam khutbahnya sunnah pada solat subuh sebernarnya adalah dgn membaca surah as-sajdah dan surah al-insan sepenuhnya sepertimana hadis sohih bukhari yang berbunyi:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال صلى الله عليه وسلم يقراء في الجمعة في الصلاة الفجر( الم تنزيل ) السجدة و ( هل أتى على الا نسان حين من الدهر )
Bermaksud:
Daripada Abi Hurairah ( R.A) berkata : sesunggunhnya Nabi Muhahammad ( S.A.W) membaca pada hari jumaat ketika solat subuh : ( ( الم تن زيل as- Sajdah dan surah al-insan.

2. Lewat hadir kemasjid ketika solat jumaat
Kehadiran ke masjid pada hari jumaat boleh bihagikan kepada beberapa ketegori :
- Datang sebelum masuk waktu
- Datang selepas azan pertama
- Datang selepas azan kedua
- Datang ketika khatib menyampaikan khutbah pertama
- Datang ketika khatib menyampaikan khutbah kedua
- Datang setelah selesai khutbah
- Tidak hadir terus ke masjid ketika solat jumaat
Umum masyarakat hari ini akan hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat selepas azan kedua dimana khatib sudah pon berada di atas mimbar.Tidak dinafikan juga ada yang datang lebih awal dan ini adalah yang terbaik.setiap perbuatan itu dicatatkan oleh malaikat.Allah Taala memerintahkan malaikat untuk berada di setiap pintu masuk masjid pada hari jumaat untuk mencatat setiap kedatangan hambanya sehingga khatib mula bekhutbah dan pada waktu itu tidak ada lagi catatab yang dilakukan kerana malaikat mendengar apa yang disampaikan oleh khatab.Telah diriwayatkan didalam hadis yang bermaksud :
Daripad Abu Hurairah (R.A) sabda Nabi (S.A.W) barangsiapa mandi pada hari jumaat sebangaimana mandi janabah,laulu berangkat menuju ke masjid,maka dia seolah-olah berkorban seekor unta ,dan barangsiapa yang datang pada saat kedua maka dia seolah-olah berkorban seekor sapi,dan barangsiapa yang datang pada saat ketiga maka seolah-olah dia berkorban seekor kambing yang bertanduk,dan barangsiapa yang datang pada saat keempat maka seolah-olah dia berkorban seekor ayam,dan barangsiapa yang datang pada saat kelima maka seolah-olah dia berkorban sebutir telor.dan apabila imam sudah keluar (untuk memberi khutbah ) maka para malaikat pun hadir mendengarkan zikir (khutbah).Berkata Dr Muhammad Hamid Syarif,kebanyakan masyarakat pada hari ini hanyalah medapat seolah-olah berkorban sebutir telor.


3. Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah.
Pada kebiasaan di negara kita, sebelum Khatib memulakan khutbah,muazzin akan memberikan suatu peringatan dengan membaca epotong hadis yang berbunyi :
أن ابا هريرة أخبره أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا قلت لصاحبك يوم الجمعة : أنصت والإمام يخطب فقد لغوت
Daripada Aba Hurairah ( R.A ) sesungguhnya Rasulullah (S.A.W ) bersabda : apabila kamu berkata kepada saudara kamu pada hari Jumaat : Diamlah dan imam sedang berkhutbah maka berdosalah kamu.
Terdapat sebahagian muazzin mentafsirkan ( لغوت ) itu hilanglah pahala jumaat tersebut adalah tidak tepat.Mengikut tafsiran bahasa arab, perkataan ( ( لغو membawa erti dosa sebagaiman firman Allah didalam surah Al-Mukminun :
(( والذين هم عن اللغو معرضون ))
Dan mereka berpaling dari perkataan yang tidak berguna
Kenapa ditegah berkata-kata ketika imam sedang memberikan khtubah?
Khutbah disampaikan dengan bertujuan supaya memberikan peringatan serta suatu panduan kepada setiap pendengarnya.Isi kandungan yang disampaikan pula terdapat perikan ayat-ayat AlQuran dan Hadis Nabi ( S.A.W ).Apabila disampaikan ayat-ayat Alquran, maka hendaklah diam serta memahami isi kandungan ayat Al-Quran sebagaima na firman Allah ( S.W.T ) dalam surah Al-A’raf ayat 204 yang bermaksud : Dan apabila dibacakan ayat Al-Quran, maka hendaklah kamu dengar dan diamlah supaya kamu beroleh rahmat.

Bersawang

Monday, July 5, 2010
Begitu lama penulis tidak menjengah blog ini sehingga dipenuhi sawang seolah-olah blog ini sudah tidak bertuan.Bukan kerana kesuntukan idea tetapi begitu menekankan perkara lain sehingga penulis mengabaikan blog ini.InsyaAllah tidak lama lagi akan ada pengisian baru didalamnya..

Kau Sahabat Kau Teman vol 2

Tuesday, March 23, 2010
Kasim “ ah.sudahlah, aku lebih senang mcm ni dari aku berkawan semula dengan korang”
Abu “ kasim,pasal ari tu aku minta maaf dengan ko dan aku dah maafkan ko.marilah kasim kita berbaik semula”
Mat “ tuh..ko dengar tu kasim ape abu kabokan
Kasim “ selagi ko tak mampus selagi itulah aku akan kekal begini”
Bujang “ kasim2..hati kau keras”
Doloh “ macam pernah je aku dengar skrip ni,kt mne eh?”
Kasim “ hoi,kat sini bukan tempat nk melawak k..kang tak pasal2 ade orang makan nasi ikut tiub”
Mereka pon pergi meninggalkan kasim.

Saban hari saban minggu, mereka hanya study berempat tanpa kehadiran kasim. Mat sebagai ketua bagi mereka begitu sedih dengan apa yang berlaku tempoh hari. Berbagai usaha yang dia lakukan agar persahabatan yang dahulunya indah kembali sedia kala. Apatah lagi abu,dia rasa amat bersalah kerana merasakan dialah punca kepada segala perpecahan kumpulannya itu. Kesihatanya mula terganggu. Semakin hari semakin tidak bertenaga, selera makan pon kurang, badan semakin kurus
Mat “ kau ni kenapa abu?aku tgok ko semakin hari semakin kurus.tengok..muka ko pon pucat”
Abu “ tak de ape2lah..beselah dekat2 nk pekse ni..tertekan sikit”
Doloh “ ye ke ko nih..ke ade ape2 yg ko sembunykan dari kitaorang”
Abu “ dah2.aku tak depape..aku ok..se my leg ok lg kan..masih kental menyepak bola lagi nih”

Takdir Allah tiada siapa yang boleh menghalang. Benarlah firman allah..kullu nafsin…
Satu hari Abu telah jatuh pengsan di rumahnya.sampai di hospital.doktro berusaha untuk meneylamatkn Abu,namu xberjaya.Abu telah dsahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
Setelah jenazah Abu selamat dikebumikan, ketiga2 sahabatnya begitu bersedih kecuali kasim yang masih tidak tahu akan kematian sahabatnya itu.
3hari selepas kematian Abu, Kasim mula merasakan sesuatu yg tidak senang…ketika di sekolah kasim cuba utk bertegur dgn sahabat yg telah lama di tinggalkan kerana kekerasan hati nye,,
Kasim "dolah! Abu mane lame aku tak nmpak die….."
Dolah terdiam dan berlalu pergi…
Kasim "bujang abu mane???"
Bujang jgak terdiam seribu bicara,dengan penuh duka..
Mat "Kassim sebenarnya….Abu dah meninggalkan kita buat selama-lamanya…sblum dia meninggal ade surat yg ditulis utk kau…ambik lah"


Kepada sahabat ku kasim,,sekian lama persahabatan ini terjalin dan selama itu juga lah ia kukuh,namun kekhilafan yg telah aku lakukan menyebabkan engkau terluka dan berduka,,,sahabat maafkan aku,sebelum diri ini kembali mnghadap cinta illahi,izinkan diri ini tetap mnjadi sahabat di hati sanubari…aku minta maaf sekali lagi,,,teruskan perjuangan…

Abu…abu….Ya Allah tempatkanlah sahabat aku bersama ahli syurga,dialah sahabat sejati yg susah di cari ganti,ampunkanlah dosa ku kerana menyakiti hatinya…ya Allah aku berdosa kerana membiarkan sahabt aku berduka sdgkn aku hanyut dgn cinta duniawi…ya Allah bersaksikan sahabat2 yg lain pertemukanlah kami di syurga Mu yg abadi…amin ya Rabbal alamin….



hasil karya
mohd khairul anam dan ahmad baihaqi
Kaherah 18/3/2010

Kau Sahabat Kau Teman vol 1

Sunday, March 21, 2010

Kisah bermula dengan 5 orang sabahat karib.Mat,Kasim,Bujang,Abu dan Doloh. Mereka diketuai oleh Doloh. Keakraban, kesepaduan, kesetiaan serta kesepakatan mereka dalam persahabatan amatlah kuat kerana sejak kecil lagi mereka sudah mengnal antara satu sama lain. Hatta bau badan masing2 pon mereka sudah tahu siapa punya empunya badan. Sekolah bersama, kelas yang sama pakaian sama, belajar apa sahaja pon sekali dan tidak pernahlah mereka lupa untuk berkongsi bersama.

Mat “ wey ni apa mcm nk baca daa?? Xxl,eh xxj eh xy?”

Doloh “ apelh ko ni mnde mudah pon xthu ka?? Xy + xy jawapan die…pess laa”

Semua sekali : hahahaha

Kasim “ wey.pess ape pulak nih..pess tu apa haa? Makanan ke?”

Mat “ ko ni asyik ingat makan je”

Abu “ pess tu sejenis dodol alaf baru la dol..” hahaha

Bujang “ pess tu klu ko nk thu. Yg tembak2 tu.ala mcm dlm cerita transfomer tuh.” hahaha

Doloh “ ish korang ni kbo lah betul². Tidaklah pening si Kasim tu.ni Kasim pess tu game bola yg terbaru”

Kasim “ ooo” sambli menganngukkan kepala.

5 bln sebelum menjelangnya peperiksaaan SPM…( study group )

Mat “ kawan2, arini kita nk discuss subjek mnde haa?? ”

Abu “ dlm jadual kita hari ni subjek BA ”

Kasim “ wey..takkan 2 ari berturut2 BA.kite buat lain aa.jemu lah aku jap2 BA, jap2 BA ”

Doloh “ thulh ko tu mantop Ba, ikut jelah jadual yang dah kita setuju ari tu.”

Kasim “ aku mana ada time korang bincang pasal jadual.”

Bujang “ huh die sibuk tu dengan die punya kewek tuuu” haaha

Abu “ sape suruh tak datang, bile orang dah sepakat tu ikut jelah. Salah ko jg”

Kasim seperti hilang pertimbangan apabila disebut sedemikian oleh Abu lalu terus menumbuk Abu.

Kasim “ agak2 aa mulut ko.Ko kalau tak buat aku sakit hati tak sah ek!!”

Abu “ aku ckp bnde yg btol apa..ade salah ke mat?”

Dush..hinggap lg satu tumbukan di muka Abu.



Korang dengar sini baik2. Mulai ari ini kita putus sahabat.putus saudara.

Bujang “ wowowo…relax bro2”

Mat “ wey kasim.xkn kerana perkara kecil ni ko dah nak putus sahabat dengan kita?? Benda boleh kita settle dgn mudah. Kita bawak bincang dulu.”

Kasim “ ah...buang masa aku nk bincang2 semua nih.baik aku balik dulu sebelum ko juga kena macam aku bg kat abu” sambil menunding jari kpd Abu yang menahan kesakitan. Kasim meninggalkan mereka berempat. Sejak peristiwa itu kasim mula bergaul dgn budak 2 nakal di kampungnya. Kasim mula pandai membuli orang,tak kira siapa dan tak terkecuali ex-sahabat dia juga menjadi mangsanya terutama Abu. Mat berusaha untuk memperbaiki persahabatan mereka namun hati kasim begitu keras.

Mat “ kasim,ape nk jd ngn ko ni..perkara kecil je ko dah jadi mcm ni..baliklh semula dengan kita orang.kita dah kawan sejak kecil lagi..takkn dengan tindakan Abu ari tu ko dah lari dari gang kita.


bersmbung.....

Pergimu Tiada Pengganti

Wednesday, March 10, 2010

Kesedihan melanda seluruh dunia ilmu terutama dunia Al-Azhar dengan perginya sebutir permata Al-Azhar iaitu Fadilatul Al-Imam Al-Akbar Syiekhul Azhar Doktor Muhammad Syyid Tantawi kerahmatullah kerana serangan sakit jantung pagi tadi di Riyadh,Saudi. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.

Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di kota Iskandariah.

Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.

Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehinggabeliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.

sebahagian sumber : pmram

Hakikat Sakaratul Maut

Sunday, March 7, 2010
Assalamualaikum kepada semua..

Jom kita renungi bagaimana sebahagian kekasih Allah dan para walinya menghadapi saat tibanya sakaratul maut. Mudah – mudahan sedikit sebanyak boleh membentuk jiwa kita yang sentiasa lalai dan leka di atas muka bumi yang penuh dengan fitnah ini.


Nyawa ditarik daripada ubun - ubun, sehingga putus urar besar daripada pergelangan kaki,lutut,pingang, dan saat tiba di keronggong, pintu taubat telah ditutup.


Antara kisah - kisah saat saakaratul maut :

- Rasulullah S.A.W : umpama 300 tetakan pedang , 20 kali ganda, 70 kali ganda dan 100 kali ganda

- Nabi Musa A.S : ibarat kulit kambing yang dilapah hidup - hidup
- Imam Al-Ghazali : kerana terlalu sakit, hanya mampu mengeruh dan tidak mampu mengeluh


Apa yang penting ??
Mati itu tidak mengenal pangkat dan darjat serta kedudukan
Mati itu tidak mengenal muda atau tua,kecil mahupun besar
Mati itu tidak mengnal apa yang kamu segang lakukan
Mati itu penamat segala ujian
Mati itu wajib keatas setiap yang bernyawa

Persiapkan dirimu wahai ummat manusia yang beriman agar dipermudahkan saat nyawa dicabut sebagaimana yang dihadapi oleh para kekasih Allah.

UNTUKMU

Saturday, February 27, 2010

Waktu kau dilahirkan,kau disambut seluruh alam dengan penuh kegembiraan,keraiyan dan kesyukuran. Kau diusung keseluruh Makkah,kelahiran yang membawa sinar cahaya dan mengeluarkan kaummu dari kegelapan. Zuriat Abd Muttalib,keturunan tersohor lagi disegani seluruh tanah Makkah.

Ya Rasulallah..

Al-Amin panggilanmu. Sungguh indah dan mulia pekertimu sehinggalah kau disanjung dan dihormati sejak diusia muda lagi. Membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada keluarga ibu susumu,Halimatus Sa'diyah serta bapa saudaramu Abu Talib. Kau juga membawa keberkatan dan keuntungan kepada barang dagangan Saidatina Khadijah.

Ya Habiballah..

Didatangi malaikat Jibril semasa berada di gua Hira'. 40 tahun usiamu,menerima wahyu pertama. Pulang kerumah dengan ketakutan dan ditenangkan oleh isterimu Saidatina Khadijah r.a. Rasmilah dikau utusan terakhir,pelengkap 25 Rasulullah. Saat kau mengisytiharkan kerasulanmu,bapa saudaramu Abu Jahal dan Abu Lahab, orang yang mengusungmu sewaktu kelahiranmu adalah yang mula-mula menentang kerasulanmu.
Al-Kazzab,si pendusta gelaranmu. Pengikutmu diseksa,dibunuh dan sebagainya. Tika kau berdakwah ke bumi Taif,kau disambut dengan batu-batu dan najis oleh penduduknya. Darah menitis keluar dari tubuhmu yang mulia sehingga membasahi bumi. Ya Rasulullah, betapa seksa dan sengsaranya yang kau terima. Tidak meminta untuk dibalas atas kesalahan mereka, hanya sabar atas apa yang kau hadapi. Sungguh mulia pekertimu.

Ya Khairal Bariyyah..

Pengorbanan yang kau lakukan tidaklah dapat ku balas walau bergunung emas. Demi melihat Islam dan ummatmu terus berkembang,kau sanggup mengikat perutmu dengan batu terlebih dahulu menahan kelaparan berbanding sahabatmu. Adakah aku mampu lakukan sebagaimana kau lakukan? Adakah aku mampu bersabar sebagaimana ketinggian tahap kesabaranmu?

Ya Khairal Anam..

Disaat penghujung hayatmu,kau tidak putus-putus menyebut ummatku,ummatku. kecintaan terhadap ummatmu amat mendalam. Dahimu berpeluh menahan kesakitan dan keperitan sakaratul maut. Kau merintih sambil berkata kepada Jibril, biarlah aku sahaja yang menanggung kesakitan sakaratul maut ummatku.
Ya Allah,Ya Allah, Ya Allah, betapa kasihannya Rasulmu tika hampirnya saat meniggalkan dunia ini. Semakin lama tubuhmu semakin sejuk,dadamu bergelombang tanda begitu hampir saat kematianmu. Tika itu seluruh alam menangisi saat pemergianmu. Setiap yang bernyawa pasti menemui mati. Sampailah saat yang dijanjikan Allah, kekasihmu pergi menemuimu. Sekujur tubuh yang mulia tidur buat selamanya di sisi Saidatina Aisyah r.a

Ya Rasulullah..

Perginya dikau tidak meniggalkan harta walau sebidang tanah sekalipun. Perginya dikau meninggalakan agamamu,mewasiatkan kepada ummatmu Al-Quran dan Sunnahmu. Akan aku berusaha untuk melakukan segala apa yang kau suruhi dan akanku tinggalkan sedaya upayaku segala apa yang kau larangi.

Ya Rasulallah.. Ya Habiballah..

Nasihat Imam Syafie Dalam Bersahabat

Thursday, February 25, 2010


Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian ::

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Tipu daya manusia.

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat menggantungkan harapan.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik.

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Pemberitahuan

Thursday, February 18, 2010

Kepada seluruh warga Dumyat....
Banyak borong kitab di ma'rob baru ni..
Tidak tahu kat mane dan dinama boleh buat rak kitab..
Jangan risau,
Perkhidmatan membuat rak kitab disediakan..
Dibawah kelolaan PMRAM cawangan Dumyat.

Kembali Bersua

Wednesday, February 3, 2010

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, penulis baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan musim sejuk,insyaallah cucu akan mengupdate blog ini dari masa ke semasa agasr semua orang boleh menerima manfaatnya.

Wahai tuhanku, janganlah engkau jadikan kebinasaaan
ummat Nabi Muhammad S.A.W diatas tanganku
Wahai tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah
Maka matikan aku untukMu
bukan untuk manusia
- Sayyidna Umar Al Khattab

Wasiat Akhir

Tuesday, January 12, 2010
Berikut adalah wasita terakhir daripada Us Pa sebelum berlepas ke tanah air kepada seluruh sahabat² Pahang yang berada di Al-Azhar cawangan Dumyat ( tempat pengajian penulis )



Pulangnya Sang Murabbi, Kembalinya Permata

Assalamualaikum kepada semua..
Dalam kesibukan menghadapi imtihan yang semakin hampir ini,satu peristiwa yang dilalui oleh penulis beserta masyarakat anak-anak pahang yang berada di bumi yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Wida'..

Setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahan.Lebih indah lagi apabila setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah atas dasar akidah yang satu serta semata-semata kerana Allah S.W.T. Tanggal 10/1/2010,penulis bermusafir ke Kaherah untuk bertemu dengan murabbi bagi masyarakat Pahang di Mesir kerana beliau akan pulang ke tanah air pada keseokan harinya. Dengan harapan pertemuan kali ini bukanlah kali terakhir,namun ketentuan serta perancangan Allah mengatasi perancangan hambanya.


Wasiat terakhir..



Selepas menunaikan solat Isya',penulis menyertai jemaah menyedekahkan A-Fatihah dan tahlil kepada Allahyarham Ustaz Fauzi yang telah meninggal dunia kerana terlibat kemalangan di tanah air. Setelah selesai majlis tahlil,tibalah masanya untuk Ustaz Mustafa untuk memberikan nasihat dan wasiat terakhir dari pada beliau untuk mereka yang hadir pada malam itu.
Di antara isi yang sempat penulis catat daripada kalam-kalam beliau adalah :-
Sahabat² bersedia atau tidak,nak taknak kena balik juga, Rebutlah peluang mengaji sebanyak mungkin ilmu di Mesir, Manfaat ilmu sebaik mungkin, Tolong jaga solat jemaah,tidak kira di surau ataupun di masjid, Sentiasa baca Al-Quran dan push sahabat yang kurang cantik dalam bacaannya, Apabila datangnya generasi baru( pengajian islam&perubatan ) ke Mesir,ajar dan ajak mereka berjumpa dengan para masyaekh dan bukan piramid didahulukan, Raikan semua golongan tidak kira baru mahupun lama, Masyarakat memerlukan generasi yang paham ilmu dalam setiap sudut,

11/1/2010..

Al-Fadhil Ust Mohd Mustafa Mohd Nor. Namanya sudah sinonim dengan kehidupan mahasiswa dan mahasiswi Pahang di Mesir. Malam ini, beliau meninggalkan kami semua di sini (Mesir) dan pulang ke tanah air sebagai Azhari dan sebuah permata yang paling berharga bagi terus menabur bakti untuk tanah air tercinta. Penulis mengucapkan jazakallah khaira jaza diatas segala teguran,nasihat dan tunjuk ajar serta ilmu yang Ustaz Pa telah curahkan kepada penulis serta seluruh anak-anak Pahang di Mesir. Doakan kami disini agar terus thabat dan istiqamah dalam terus mengutip mutiara-mutiara ilmu dan hikmah dari para alim ulama’ untuk dipersembahkan kepada masyarakat apabila kami pulang kelak.


penulis bersama Us Pa di Cairo Airport sebelum chek in.