Exam Datang Kembali

Tuesday, December 22, 2009
Buat kesekian kalinya saya menduduki peperiksaan dalam musim sejuk di bumi yang penuh dengan pelbagai sejarah ini. Tahun ini pula merupakan tahun yang paling mencabar kerana saya menjangkakan musim sejuk tahun ini lebih sejuk berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Apapun yang bakal terjadi,masa tetap berjalan dan imtihan semakin hampir. Persediaan menghadapi imtihan ini perlu serta kita jangan lupa untuk bersedia menghadapi (SPM) iaitu Soalan Padang Mahsyar


jadual peperiksaan bagi tahun 2 Usuluddin di Al-Azhar cawangan Dumyat

Hijrah..

Saturday, December 19, 2009

Dari kurang baik kepada baik
Dari baik kepada yang lebih baik
Dari lebih baik kepada amat baik
Dari amat baik kepada TERBAIK

Dari malas kepada rajin
Dari rajin kepada LEBIH RAJIN

Dari Islam kepada Muslim
Dari Muslim kepada Mukmin
Dari Mukmin kepada MUSLIM MUKMIN
Dari Muslim Mukmi kepada MURABBI

Setiap orang sudah pasti inginkan yang terbaik untuk diri masin-masing.Oleh itu marilah sama-sama lakukan yang terbaik pada tahun ini untuk Kita,Islam dan Seluruhnya..

Tanya Pada Diri Kita

Friday, December 18, 2009

  • Hari ini sudah masuk tahun baru, apakah azamku pada tahun lepas terlaksana?
  • Apakah amalanku pada tahun lepas bertambah dari sebelumnya ataupun sebaliknya?
  • Sudahkah terlaksana tanggungjawab terhadap ibubapa aku?
  • Tahun baru ni aku nak buat apa?
  • Apa pula azam aku pada tahun ini?
  • Mampukah aku kekalkan amalan aku?
  • Tambah amal kebajikan?
  • Bagaimana pula dengan pelajaran aku?
  • Perlu ke aku tidak bermasyarakat?
Banyak lagi persoalan-persoalan yang boleh dilontarkan kepada kita supaya kita sentiasa memperbaiki dan memperkemaskan diri untuk berada di masa-masa akan datang..
Salam Maal Hijrah..
1431 HIJRAH

Meniti Detik vol 2

Wednesday, December 16, 2009
Corong - corong radio..
Setiap tahun, bahkan menjadi adat seluruh msyarakat Islam di Malaysia tika menjelangnya detik-detik tahun baru Hijrah, kedengaran lagu-lagu titik permulaannya hijrah Kekasih Allah yang juga kekasih kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Fenomena ini bukan sajaha berlaku dicorog radio alternatif Islam, bahkan juga dimainkan di corong-corong radio seluruh malaysia, serta dimainkan di kaca televisyen setiap hari. Persoalannya, apakah memadai dengan mendengar nyanyian yang merdu serta penghayatan hanya bersifat sementara, mampu utnutk kita menghayati serta meneladani apa yang telah dilakukan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat pada 1400 tahun lalu. Setiap tahun, bahkan menjadi adat seluruh msyarakat Islam di Malaysia tika menjelangnya detik-detik tahun baru Hijrah, kedengaran lagu-lagu titik permulaannya hijrah Kekasih Allah yang juga kekasih kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Fenomena ini bukan sajaha berlaku dicorog radio alternatif Islam, bahkan juga dimainkan di corong-corong radio seluruh malaysia, serta dimainkan di kaca televisyen setiap hari. Persoalannya, apakah memadai dengan mendengar nyanyian yang merdu serta penghayatan hanya bersifat sementara, mampu utnutk kita menghayati serta meneladani apa yang telah dilakukan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat pada 1400 tahun lalu.

Muda mudi hari ini sudah tidak ramai yang mengetahui tarikh-tarikh kebesaran Islam termasuklah peristiwa-peristiwa yang terkandung di dalam bulan-bulan Islam. Apa yang hanya mereka tahu ialah bualn Islam hanyalah Ramadhan kerana seluruh umat Islam di dunia berpuasa, Syawal kerana berhari raya dan Zulhijjah kerana bulan untuk menyembelih binatang korban. Mujurlah ada yang mengetahui sekurang kurangnya 3 bualn ini dan lebih parah lagi tidak tahu langsung mengenai bulan-bulan Islam. Inilah penyakit-penyakit yang dihadapi oleh masyarakat Islam terutama muda mudi negara Malaysia yang dikatakan negara "Islam contoh".

Seruan Hijrah..

Wahai saudaraku, janganlah kau menghayati hirah Nabi Muhammad S.A.W dengan hanya berarak sepanjang jalan sahaja. Hidupkanlah dan amalkanlah sunnah Rasulullah didalam kehidupanmu. Wahai saudaraku, bangkitlah kamu dari lena duniawi kamu. Dunia semakin tua, kita semua pula semakin hari semakin hampir kepada kematian. Islam pula semakin hari semakin dihina, begitu juga Baginda S.A.W dipermainkan oleh musuh-musuh Allah. Jagalah sembahyang terutama sembahyang jemaah. Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan basahilah lidahmu dengan melazimi Zikrullah agar mencuci hati-hati yang penuh dengan titik-titik hitam. Tingkankan serta perbaiki amalan harian agar menjadi benteng dan bekalan kita di akhirat kelak.

Meniti Detik vol 1

Monday, December 14, 2009

Beberapa hari lagi berakhirlah tahun 1430 Hijrah dan tidak lama selepas itu berakhirlah juga tahun 2009 Masihi. Serentak dengan itu maka kita akan menutup lembaran yang lama dan akan membuka diari yang baru. Warna warni kehidupan sepanjang tahun ini sudah menjadi sejarah dalam kamus kehidupan setiap manusia.

Dunia Yang Sementara...

Antara sedar atau tidak,kita sudah pun berada dipenghujung tahun ini. Ada dikalangan kenalan kita sudah pun meninggalkan dunia yang penuh dengan fitnah akhir zaman ini. Kita yang masih hidup terus meneruskan sisia-sisa kehidupan di sini. Hakikat yang wajib diterima oleh setiap yang bernyawa dan merasakan iman masih dikandung badan.

Dunia semakin meninggalkan kita, kita pula semakin menghampiri saat kematian. Kekasih Allah yang juga kekasih kita iaitu junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, jasad baginda telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun yang lalu. Baginda juga meninggalkan kita 2 perkara yang bermaksud : aku tinggalkan kamu 2 perkara.kamu tidak akan sesat selamanya selagimana kamu berpegang kepada 2 perkara tersebut iaitu Al-Quran dan Sunnahku. Inilah diantara yang Kekasih Allah wasiatkan kepada kaum Baginda sebagai panduan hidup di muka bumi ini.

nantikan sambungan meniti detik vol 2

Peristiwa Ramadhan

Saturday, August 22, 2009

Diantara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang perlu ummat Islam ketahuinya :

-Nuzul Al-Quran di gua Hira'

-Peristiwa Badr Al-Kubra pada tahun ke 2 Hijrah

-Penyempurnaan pembukaan Kota Makkah

-Israel mengebom bumi Gaza pada 1429 Hijrah