Tahun Baru 2011 : Tahun Jauhi Maksiat

Friday, December 31, 2010

Selamat menyambut tahun baru kepada semua pelawat blog hisbah khususnya mahasiswa-mahasiawa yang berada di bumi Mesir. Kedatangan tahun baru masihi sangat dirasai oleh kita semua disebabkan penggunaannya yang lebih meluas dan lebih biasa, adapun tahun baru Hijrah sudah lepas beberapa hari yang lalu dan tidak dirasai oleh orang-orang yang kurang mengambil tahu tarikh-tarikh penting dalam Islam.

Sempena malam sambutan tahun baru ini pada malam 31 Disember Unit Hisbah PMRAM dengan kerjasama seluruh cawangan akan mengadakan Operasi Gempur Dakwah Countdown 2011 yang mana akan menyaksikan mahasiswa di sini akan bersiar-siar dan menyambut tahun baru bersama rakan-rakan ataupun kekasih.

Statistik tahunan yang dihitung oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawasanya kenaikan kelahiran anak luar nikah di Malaysia meningkat sebanyak 44% sepanjang 4 tahun dai 2005 hingga 2009, dan kebanyakan anak-anak luar nikah ini adalah hasil dari hubungan seks yang dilakukan pada malam-malam perayaan seperti Valentine Day, malam Merdeka, Hari Krismas dan pada malam sambutan tahun baru, tidak terkecuali remaja-remaja yang menuntut di luar negara turut menyumbang kenaikan statistik tersebut.

Operasi itu akan menemui mahasiwa yang berada di tempat-tempat sasaran dan di edarkan risalah ataupun poster berkaitan dan pasangan-pasangan couple akan di ambil keterangan dan diberi kaunseling.

Bertepatan dengan tempoh yang hampir dengan peperiksaan yang akan menjelma ini kami menyeru kepada kita semua supaya tidak menjadikan sambutan tahun baru ini untuk melakukan maksiat, sesungguhnya orang-yang selalu melakukan perkara yang mendekati zina akan tidak segan melakukan zina.

Bebaskan diri anda dari maksiat, selamat menepuhi peperiksaan yang akan datang, fokus dalam mengulangkaji pelajaran dan sempurnakan dengan munajat kepada Allah supaya mendapat kejayaan yang diredhai Allah.

Bittaufiq wannajah !!
Kejayaan sebenar ialah kejayaan yang diredhai oleh Allah..
Oleh : Ketua Unit Penerangan Hisbah Pusat

sumber :http://hisbahpmram.blogspot.com/

PMRAM Kecewa Dengan Isu BKAN Melaka


KAHERAH 30 Disember - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime melahirkan rasa kekecewaan teradap isu yang menimpa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Katanya, isu yang berlaku tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diketahui umum dan perlu mendapat perhatian di semua peringkat. Bukan anya sekadar berlegar dikalangan maasiswa-mahasiswi Melaka sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa isu seumpama ini pernah terjadi pada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) suatu ketika dahulu. Akan tetapi, sifat kesatuan yang ada pada ahli negeri terbabit menyebabkan persatuan baru yang ditubuhkan oleh pihak pegawai terkubur.

Katanya lagi, memahami sejarah yang pernah menimpa mahasiswa-mahasiswi Mesir, PMRAM mahukan sifat bersatu diterapkan di dalam seluruh jiwa mahasiswa-mahasiswi.

"Apabila sifat bersatu ini wujud di dalam jiwa umat Islam, maka tidak mudah bagi pihak musuh untuk menghancurkan kesatuan serta melaksanakan agenda jahat mereka. Dan inilah peranan PMRAM serta BKAN dan DPM bagi membentuk jatidiri mahasiswa Islam di Mesir" Ujar beliau ketika memberi penjelasan isu di Rumah Kelantan Baru.

Selain itu, beliau juga melahirkan rasa terkilan dengan terhadap ucapan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali bin Rustam yang melemparkan fitnah terhadap PMRAM ketika sesi ramah mesra di rumah Melaka.

Justeru katanya, fitnah seperti yang dilemparkan oleh Ketua Menteri tersebut merupakan isu lapuk yang pernah PMRAM hadapi suatu ketika dahulu. Apa yang penting adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan ahli.

Walaubagaimana pun katanya, PMRAM tetap mengambil sikap bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memudahkan urusan mahasiswa-mahasiswi yang belajar di bumi Mesir ini. Dan beliau menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan yang bersifat profesional dan bukan persatuan yang melaksanakan tindakan dengan cara 'kampung'.

Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan ahli mampu melahirkan jati diri dan integriti di dalam jiwa umat Islam.


sumber : www.pmram.org

Nasihat Kepada Pemuda Islam

Thursday, December 9, 2010
Janganlah kamu leka berasa berada di dalam zon selesa
Janganlah kamu leka dengan dunia yang melalaikankamu
Janganlah kamu lupa tugas sebenarkamu

Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam
Kamu perlu ingat bahawa senjata musuh-musuh ini adalah hiburan
Perempuan,kebendaan serta perpecahan umat
Iasedang berlegar sekitar kita dan menjadi virus kepada umat Islam

Andai kamu lalai,nescaya kamu tenggelam dengan kelalaian itu
Andai kamu lalai,kamu bakal hilang roh Islam dan iman
Kamu juga akan hilang zouk serta roh ibadat
Kamu juga akan hilang zouk dan roh cintakan Nabi S.A.W
Kamu juga akan hilang perasaan cinta kepada saudara seIslamkamu

Bersegeralah untuk memperbaiki diri
Jangan berlengah-lengah dalam hal mentarbiah rohani
Nescaya kamu akan bertemu dengan kenikmatan beribadah

Masyarakat hari ini dahagakan mutiara serta bintang
Ia datang dari sang penuntut ilmu dan pembawa sinar Islam
Terutama dari bumi mesir adrul kinanah
Bintang-bintang yang tidak terdapat di Malaysia
Tetapi ia hampir dengan kita

Ingatlah

Jagalah solat Jemaah terutamanya di waktu subuh
Musuh amat takut apabila melihat umat Islam
Bersungguh-sungguh menjaga solat Jemaah di masjid-masjid

Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya 30 ayat sehari
Tenangnya jiwa jika sentiasa bersama Al-Quran
Hadirilah majlis zikir dan majlis-majlis ilmu
Nescaya ia lebih menambahkan lagi ketenangan jiwa

Jumaat

Friday, July 9, 2010
Jumaat adalah hari berhimpunnya seluruh ummat islam serta hari yang paling agung daripada hari-hari lain didalam kelendar Islam. Didalam hari Jumaat terdapatnya beberapa kejadian yang menjadi titik noktah kehidupan manusia. Bapa kepada seluruh manusia,iaitu Nabi Adam (A.S) diciptakan oleh Allah (S.W.T) pada hari Jumaat. Begitu juga terciptanya langi dan bumi pada hari Jumaat. Matahari juga diciptakan pada hari Jumaat. Hari Jumaat jugalah adalah hari yang paling ditakuti oleh seluruh makhluk yang melata di atas muka bumi dan yang berada di langit kerana pada hari tersebut berlakunya suatu hari yang dipanggil sebagai Hari Kiamat. Telah diriwayatkan didalam Sohih Muslim,daripada Abu Huraihar (R.A) berkata : Sabda Nabi (S.A.W) : Sebaik-baik terbiknya matahari,iaitu hari Jumaat,padanya diciptakan Adam dan padanya juga dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkannya daripada syurga.Tidak akan berlaku hari kiamat selain dari hari Jumaat.

Kesalahan Umum Pada Hari Jumaat

Wednesday, July 7, 2010
بسم الله الرحمن الرحيم
يأيها الذين ءامنوا إذا نودي للصلوة من يوم الخجمعة فاسعوا إلى ذكر الله وذرو البيع ذلكم خيرلكم إن كنتن تعلمون
فإذا قضيت الصلوة فانتشروا فى الرض وابتغوا من فضل الله وذكروا الله كثيرا لعلكم تفاحون


1. Terlalu menekankan didalam solat Subuh pada pagi jumaat mesti dibaca dengan surah as-Sajdah.
Tidak dinafikan membaca surah As-Sajdah didalam solat subuh pada hari Jumaat adalah salah satu daripada amalan sunnah. Akan tetapi kesalah yang penulis hendak sampaikan disini ialah terdapat beberapa tempat hanyalah mengambil sebahagian ayat daripada surat As-Sajdah dan mendakwa ianya sunnah.Berkata Dr Muhammad Hamid Syarif didalam khutbahnya sunnah pada solat subuh sebernarnya adalah dgn membaca surah as-sajdah dan surah al-insan sepenuhnya sepertimana hadis sohih bukhari yang berbunyi:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال صلى الله عليه وسلم يقراء في الجمعة في الصلاة الفجر( الم تنزيل ) السجدة و ( هل أتى على الا نسان حين من الدهر )
Bermaksud:
Daripada Abi Hurairah ( R.A) berkata : sesunggunhnya Nabi Muhahammad ( S.A.W) membaca pada hari jumaat ketika solat subuh : ( ( الم تن زيل as- Sajdah dan surah al-insan.

2. Lewat hadir kemasjid ketika solat jumaat
Kehadiran ke masjid pada hari jumaat boleh bihagikan kepada beberapa ketegori :
- Datang sebelum masuk waktu
- Datang selepas azan pertama
- Datang selepas azan kedua
- Datang ketika khatib menyampaikan khutbah pertama
- Datang ketika khatib menyampaikan khutbah kedua
- Datang setelah selesai khutbah
- Tidak hadir terus ke masjid ketika solat jumaat
Umum masyarakat hari ini akan hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat selepas azan kedua dimana khatib sudah pon berada di atas mimbar.Tidak dinafikan juga ada yang datang lebih awal dan ini adalah yang terbaik.setiap perbuatan itu dicatatkan oleh malaikat.Allah Taala memerintahkan malaikat untuk berada di setiap pintu masuk masjid pada hari jumaat untuk mencatat setiap kedatangan hambanya sehingga khatib mula bekhutbah dan pada waktu itu tidak ada lagi catatab yang dilakukan kerana malaikat mendengar apa yang disampaikan oleh khatab.Telah diriwayatkan didalam hadis yang bermaksud :
Daripad Abu Hurairah (R.A) sabda Nabi (S.A.W) barangsiapa mandi pada hari jumaat sebangaimana mandi janabah,laulu berangkat menuju ke masjid,maka dia seolah-olah berkorban seekor unta ,dan barangsiapa yang datang pada saat kedua maka dia seolah-olah berkorban seekor sapi,dan barangsiapa yang datang pada saat ketiga maka seolah-olah dia berkorban seekor kambing yang bertanduk,dan barangsiapa yang datang pada saat keempat maka seolah-olah dia berkorban seekor ayam,dan barangsiapa yang datang pada saat kelima maka seolah-olah dia berkorban sebutir telor.dan apabila imam sudah keluar (untuk memberi khutbah ) maka para malaikat pun hadir mendengarkan zikir (khutbah).Berkata Dr Muhammad Hamid Syarif,kebanyakan masyarakat pada hari ini hanyalah medapat seolah-olah berkorban sebutir telor.


3. Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah.
Pada kebiasaan di negara kita, sebelum Khatib memulakan khutbah,muazzin akan memberikan suatu peringatan dengan membaca epotong hadis yang berbunyi :
أن ابا هريرة أخبره أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا قلت لصاحبك يوم الجمعة : أنصت والإمام يخطب فقد لغوت
Daripada Aba Hurairah ( R.A ) sesungguhnya Rasulullah (S.A.W ) bersabda : apabila kamu berkata kepada saudara kamu pada hari Jumaat : Diamlah dan imam sedang berkhutbah maka berdosalah kamu.
Terdapat sebahagian muazzin mentafsirkan ( لغوت ) itu hilanglah pahala jumaat tersebut adalah tidak tepat.Mengikut tafsiran bahasa arab, perkataan ( ( لغو membawa erti dosa sebagaiman firman Allah didalam surah Al-Mukminun :
(( والذين هم عن اللغو معرضون ))
Dan mereka berpaling dari perkataan yang tidak berguna
Kenapa ditegah berkata-kata ketika imam sedang memberikan khtubah?
Khutbah disampaikan dengan bertujuan supaya memberikan peringatan serta suatu panduan kepada setiap pendengarnya.Isi kandungan yang disampaikan pula terdapat perikan ayat-ayat AlQuran dan Hadis Nabi ( S.A.W ).Apabila disampaikan ayat-ayat Alquran, maka hendaklah diam serta memahami isi kandungan ayat Al-Quran sebagaima na firman Allah ( S.W.T ) dalam surah Al-A’raf ayat 204 yang bermaksud : Dan apabila dibacakan ayat Al-Quran, maka hendaklah kamu dengar dan diamlah supaya kamu beroleh rahmat.